Masalah utama penduduk Malaysia ialah kita mempunyai ramai pesakit anemia yg tidak didiagnosa. Mereka tidak mengetahui mereka mempunyai tahap haemoglobin dan sel darah merah yg kurang. Mereka ini TIDAK mengalami apa-apa simptom, cuma mungkin kelihatan pucat dan sukar bernafas apabila melakukan riadah atau kerja2 berat. Anemia adalah PENYAKIT dimana seseorang mengalami bilangan sel darah merah atau tahap kepekatan haemoglobin yg kurang. Definisi anemia oleh WHO bagi wanita yg tidak hamil adalah tahap haemoglobinnya kurang 12.0g/dl. Manakala bagi wanita hamil ialah kurang 11.0g/dl dan bagi lelaki tahap haemoglobinnya kurang drpd 13.0g/dl. Oleh itu walaupun seseorang itu berasa sihat, andaikata mahu menderma darah, pihak yg menganjurkan pengumpulan darah HARUSLAH memeriksa tahap haemoglobin dlm darah terlebih dahulu bg mengelakkan sesuatu yg buruk berlaku. Ini kerana apabila seseorang itu menderma darah, tahap kepekatan darahnya akan berkurang SERTA MERTA. Darah yg diderma kan juga PERLU diganti dgn segera. Kebolehan menggantikan darah yg hilang bergantung pada bekalan zat besi (iron) yg berada dlm badan seseorang.
Kesimpulannya, saya adalah salah seorang 'pesakit' yg menghidap Anemia ni. Pity me, huh? Tak pernah berpeluang utk menderma darah. Terpaksa kuburkan niat murni hati ini :'')




1 comment:
ala ala ala alaaaaa... ciyaaannnyee... tape tape... smpan leklok darah tuh. wat mknn jalik kau.. kahkah!
Post a Comment